Wednesday, December 23, 2015
Tuesday, December 22, 2015
Tips Belajar Pelajar Cemerlang
1. Mandi waktu pagi antara pukul 1pg -
6pg. Pada waktu ini,sangat bagus mandi,kerana ia akan mengurangkan lemak dlm
badan.
2. Jika bangun pukul 4 dan ke
atas,jangan lagi tidur selepas itu,kerana jika tidur semula,akan melemahkan
badan.
3. Sarapan antara pukul 7pg - 7:30pg.
Bagus sarapan pada waktu ini kerana ia akan meningkatkan kadar metabolisme
dalam badan.
4. Datang ke kelas seeloknya 10 minit
awal atau lebih awal,kerana ia adalah adab, dan mungkin ada keberkatan di situ.
5. Makan tengahari dengan kadar biasa,
selepas setengah jam,tidur seketika 10-15 minit, kemudian basahkan kepala untuk
kembali segar.
6. Lakukan aktiviti fizikal selepas
asar,kerana waktu ini tidak sesuai untuk belajar. Jadi,gunakannya untuk
sebarang aktiviti fizikal.
7. Mandi malam lebih kurang antara
pukul 6ptg - 6:30ptg.Jangan beriadah terlalu lama,kerana ia akan meletihkan
badan pada waktu malam.
8. Luangkan masa maghrib-isya` kepada
Allah,kerana waktu ini adalah waktu tenangkan minda dengan terapi.
9. Mula study lepas isya`. Hanya ambil
masa 30 minit untuk satu subjek, seterusnya subjek lain, sampai cukup 2 atau
2.30 jam untuk setiap malam.
10. Tidur awal,lebih kurang pukul 11atau
11:30 malam. Kerana pada waktu ini,hormon dalam badan perlukan rehat untuk
memproses badan dengan baik.
11. Jangan lupa bertahajud dan
qiamullail,kerana inilah ikatan yang kukuh antara hamba dan Penciptanya.
Ya Allah permudahkanlah urusan kami
dalam menuntut ilmu dan berikanlah kami kefahaman yang jelas sepanjang sesi
pembelajaran.
Subscribe to:
Posts (Atom)