Friday, March 18, 2016

Seloka : Kenangan Sk Parit Kemang (6 Usaha/2011)


Assalamualaikum pembuka kata,Diiringi dengan selamat sejahtera,
Dengarlah ini sebuah seloka,Kelas 6U punya cerita.
Kelas 6U kepunyaan kami,Kelasnya bijak dijamin bestari,
Pelajar-pelajarnya riang ria sekali,31 orang sedia diajari.

Puan Khatimah Zaiyadi ibunda kami,Mata pelajaran BM diajarkan kami,
Sikapnya peramah disenangi kami,Apabila mengajar sungguh berdedikasi.
Izzat Farid ketua kelas kami,Bermuka hitam dari dagu ke dahi,
Orangnya baik bijak bestari,Aisyah pula penolong peribadi.

Aiman Izzati nama diberi,sekejap perempuan sekejap lelaki,
Sazrina Salim teman sejati,Sentiasa bersama ke sana ke mari.
Amir dan Shukri bersahabat baik, barisan terakhir belakang tempat duduk
Terkadang mereka berlagak cerdik,Kena marah tak pernah serik.

Shikin Husnin duduk di belakang,Shuhada Jaafar kawan dia,
Athirah dan Halimatun terikut-ikut sama,Membuat bising itulah rutin mereka
 Al Ghazali Abdul Rahman nama diberi,Tak duduk diam ke sana ke mari,
Rakannya Haziq diajak temani,Kononnya mengawal ketenteraman kelas di sini

Selalu mengantuk memang terasa,Hidayah Harun nama dia,
Kawannya Najihah sentiasa bersama,itulah tabiat mereka bersama.
Hafiz dan Ulwan dua sahabat,Mujib dan Norhan kawan mereka,
Selalu bising macam pasar raya,Latihan yang diberi disiapkan juga.

Kuning langsat tinggi orangnya,Umairah Roslizam empunya nama,
Burung murai diberi nama,Boleh tahan kepoh orangnya.
Shaari M.Shah seorang lagi,orangnya handsome sporting sekali,
Izzudin Ayob nama diberi,Permainan catur amat digemari.

Kepada sesiapa yang tercatat namanya,Ampun dan maaf saya pinta,
Bukan mengeji bukan mengata,sekadar penghibur hati yang duka..


Thursday, March 17, 2016

Speech : NATURE


            Assalamualaikum and a very good morning to my beloved English teacher, Mrs. Loh and to all my fellow classmates of 4 Saksama. On this delightful day, I would like give a speech about nature.

            First of all, what is nature? Nature is the natural environment which surrounds us, cares us and nourishes us every moment. It provides a protective layer around us to prevent from damages. We are not able to survive on the Earth without nature like air, land, water and sky. Nature includes everything around us like plants, animals, river, forest, sun and moon. Every form of nature is very powerful which has the ability to nourish as well as destroy us.

            Besides, we live on the most beautiful planet in the Solar System which has a very clean and attractive nature that full of greenery. Nature is our best friend which provides us all the resources to live here. It gives us water to drink, pure air to breathe, food to eat and land to stay. We should fully enjoy the nature without disturbing its ecological balance. We should care our nature, make it peaceful, keep it clean and prevent it from the destruction so that we can enjoy our nature forever. Nature is the most precious gift given by the God to us but to enjoy, not to harm.

            Nowadays, everyone has less time to enjoy nature. In the increasing crowd, we forgot to enjoy nature and to improve our health. We started using technological instruments for our health fitness. However, it is very true that nature has the power to nourish and to fit us forever. This is because nature has the ability to make our mind free from tension and to cure our diseases. In addition, because of technological advancement in the life of human being nowadays, our nature is declining gradually which needs a high level of awareness to keep it in balance and to conserve natural assets.

            The nature has everything for us but we do not have anything for it even we are destroying its property day by day just to fulfill our selfish wishes. In the modern technological world, lots of inventions are getting launched daily with has many disadvantages to the nature. So, it is our responsibility to save the declining assets of our nature to make it is possible to live forever on the earth. If we do not take any step towards nature conservation, we are keeping our future generations in danger. We should understood its worth and value and try to maintain its natural shape.

            Furthermore, God has created everything very beautifully seeing which our eyes can never be tired. But we forgot that we too has some responsibility towards our nature, it is to take care of our relationship between nature and human being. How beautiful scenery it looks in the morning with sunrise, songs of birds, sounds of lakes, and happy gatherings of friends in the evening after a long day of crush. But we forgot to enjoy the beauty of the nature by just fulfilling our duties towards our works and families.

            Sometimes, during our holidays, we spend our whole day by watching television, reading news paper and playing indoor games but we forgot that outside the door, we can do something interesting in the lap of nature and natural environment. Unnecessarily, we left on all the lights of home, we use electricity without need which ultimately increases the heat in the environment called global warming. Our other activities like cutting trees and forest increase the amount of carbon dioxide gas in the environment causing green house effect and global warming.

            Lastly, if we want to be happy and healthy always, we should try our best to save our planet and its beautiful nature by stopping our foolish and selfish activities. In order to keep our ecosystem in balance, we should not cut trees, forests, practice energy and water conservation, and many more. Ultimately, we are the real user of the nature so we are the one who should really take care of it. Thank you.

SEHEBAT Di Thailand #2

Pada 6-9 Januari 2016 itu juga, selain daripada mengadakan program pengantarabangsaan, beberapa orang pelajar Sekolah Menengah Sains Batu Pahat, Johor (SEHEBAT) juga telah menyertai PCCST Academic Festival And Science Fair anjuran Princess Chullaborn College Saturn, Thailand. Ramai diantara pelajar SEHEBAT telah mendapat 'award' melalui beberapa pertandngan yang disertai mereka. Berikut ialah keputusan pencapaian SEHEBAT:

~~Kenangan ketika berada di Princess Chullaborn College Saturn, Thailand~~
             

Wednesday, March 16, 2016

Kebanjiran pendatang asing menimbulkan pelbagai masalah


           Sejak sepuluh tahun belakangan ini, kita dapat melihat kebanjiran pendatang asing bukan sahaja di negara kita, Malaysia namun di negara-negara dunia seperti China dan Singapura. Hal ini disebabkan oleh dasar keterbukaan kebanyakan negara dalam mengambil pekerja asing. Secara kasarnya, kedatangan mereka banyak memberi sumbangan dan kebaikan kepada sesebuah negara. Sebagai contoh di negara kita sendiri, ekonomi Malaysia kebelakangan ini berkembang dengan pesat dan projek pembangunan raksasa berjalan dengan lancer dengan bantuan buruh-buruh asing. Mereka bekerja dalam pelbagai sektor seperti perindustrian, pertanian dan juga pembinaan. Kebanyakan pendatang asing datang dari Indonesia, Myanmar, Filipina, Bangladesh, Nepal dan terdapat juga sebahagiannya yang datang dari negara Afrika.  Mereka telah menjadi sebahagian daripada institusi sosial di negara kita. . Walaupun begitu, kemasukan mereka ke negara kita telah mncetuskan pelbagai polemik dan masalah dalam kalangan rakyat di negara ini. Pelbagai kesan negatif telah dirasakan oleh sebahagian besar penduduk dewasa ini. Oleh itu, implikasi kebanjiran pendatang asing di sesebuah negara akan menjadi fokus perbincangan yang ingin saya ketengahkan pada hari ini.

            Daripada sudut ekonomi, kebanjiran pendatang asing ini telah menyebabkan berlakunya masalah pengangguran dalam kalangan rakyat tempatan yang rata-ratanya terdiri daripada belia-belia negara yang baru sahaja menamatkan pekerjaan mereka. Hal ini demikian kerana sikap kebanyakan majikan di negara kita yang lebih mengutamakan pekerja asing daripada pekerja tempatan dek kerana pekerja asing sanggup bekerja walaupun diberikan gaji yang lebih rendah daripada pekerja tempatan. Muncul tanggapan masyarakat yang mengatakan bahawa rakyat tempatan terlalu memilih kerja dan mengidamkan gaji tang tinggi. Sebenarnya, bukanlah menjadi kesalahan pekerja tempatan yang terlalu memilih pekerjaan atau menginginkan upah yang tinggi, tetapi keadaan kos sara hidup yang kian meningkat di negara kita memaksa mereka untuk berbuat sedemikian. Mereka juga memasang impian untuk hidup senang dan menikmati kemajuan yang tersedia di negara ini. Namun yang menjadi masalah ialah sikap kebanyakan majikan di negara kita yang lebih mengutamakan keuntungan individu berbanding tanggungjawab social terhadap masyarakat tempatan. Hal ini demikian kerana mereka sanggup menggaji pekerja asing dan meanaktirikan pekerja tempatan. . Sikap majikan seperti ini adalah seperti "anak diriba diletakkan, kera di hutan disusukan" sehingga menyebabkan akhirnya majoriti pekerja dalam sesuatu sektor di negara kita telah dikuasai oleh pekerja asing terutamanya sektor pembinaan. Oleh itu, jelaslah di sini bahawa kebanjiran pendatang asing menjadi punca masalah pengangguran di negara kita.

            Selain itu, daripada pandangan sosial pula, pertambahan kadar jenayah di negara kita juga disebabkan oleh kebanjiran pendatang asing di negara kita. Walaupun maklumat ini sukar untuk dipastikan kebenarannya dek kerana jenayah juga dilakukan oleh rakyat negara kita tetapi keadaan pekerja asing yang tidak mempunyai apa-apa ketika sampai di negara kita memungkinkan mereka terjebak dalam kegiatan jenayah memang tidak boleh diragukan. Sudah menjadi lumrah manusia bahawa pasti ada segelintir ahli masyarakat yang bertindak di luar batas perundangan termasuklah dalam kalangan pekerja asing ini kerana setiap manusia mempunyai masalah peribadi tersendiri. Ramai dari kalangan pendatang asing ini yang terlibat dengan kegiatan ragut, pecah rumah, samun terutamanya di kawasan-kawasan yang berhampiran dengan rumah kongsi. Sebagai bukti, pada tahun 2007 sahaja,  sebanyak 2019 kes jenayah telah  dilaporkan yang melibatkan pendatang asing. Tambahan lagi, kehadiran mereka ke negara ini secara tidak langsung telah membawa masuk budaya mereka yang sebahagiannya bertentangan dengan norma hidup masyarakat tempatan. Sebagai contoh, mereka mengamalkan pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan malah ada yang tinggal serumah tanpa ikatan perkahwinan yang sah yang secara implisitnya menimbulkan syak wasangka dalam kalangan rakyat tempatan. Ada pula yang tanpa segan silu meneguk arak di kawasan perumahan yang sebahagian besar penduduknya merupakan penduduk tempatan yang beragama Islam. Di bandar-bandar besar pula kebanjiran pendatang asing ini juga telah menimbulkan masalah rumah setinggan yang  disebabkan oleh kos sewa rumah yang tinggi sekaligus menyebabkan mereka menceroboh tanah-tanah kerajaan dan mendirikan rumah setinggan. Tegasnya, kebanjiran pendatang asing menimbulkan pelbagai masalah social di negara kita.

            Seterusnya, salah satu impak negatif utama yang disebabkan oleh kebanjiran pendatang asing di sesebuah negara ialah berlaku pengaliran keluar wang keluar dari negara kita. Hal ini demikian kerana setiap bulan, pekerja asing di negara kita akan menghantar sehingga jutaan ringgit kepada keluarga mereka di negara asal mereka. Mereka sanggup ikat perut menahan lapar untuk membantu keluarga mereka yang susah di negara asal mereka.Hal ini sungguh merugikan negara kita kerana gaji mereka itu sepatutnya digunakan untuk memajukan ekonomi negara kita dan bukannya dihantar ke negara asal mereka untuk membantu pertumbuhan ekonomi di situ pula. Pada masa kini, kesan daripada pengaliran wang keluar dari negara ini belum dirasakan lagi tetapi lama-kelamaan, negara akan menghadapi masalah yang serius kerana wang yang dihasilkan di negara ini telah digunakan untuk menyokong aktiviti kemasyarakatan di negara lain pula. Keadaan ini jika dibiarkan berterusan akan merugikan negara. Hal ini demikian kerana jika nilai pendapatan faktor ke luar negara adalah lebih besar daripada nilai pendapatan faktor dari luar negara akan menyebabkan pendapatan faktor bersih luar negara(PFBLN) bernilai negatif. PFBLN yang bernilai negatif seterusnya akan membawa kepada berlakunya kekurangan dalam imbangan pembayaran. Kekurangan yang berlaku dalam imbangan pembayaran akan menyebabkan berlakunya kemerosotan dalam tingkat pendapatan negara secara keseluruhannya. Sememangnya, sudah jelas terang lagi bersuluh menunjukkan bahawa kebanjiran pendatang asing mendatangkan impak negative kepada negara.

            Di samping itu, kehadiran pendatang asing ini turut dipercayai menjadi punca kepada pelbagai masalah penyakit berjangkit. Hal ini demikian kerana ramai diantara mereka berasal dari kawasan mundur di negara asal mereka. Oleh itu, kesihatan mereka kurang terjamin. Ada diantara mereka menghidap penyakit AIDS, tibi, penyakit kelamin, dan sebagainya. Mereka membawa sekali penyakit dari negara asal mereka dan menyebarkannya di sini. Akibatnya, rakyat di negara kita yang menjadi mangsa. Menurut rekod Persatuan Perubatan Malaysia (MMU), penyakit berjangkit seperti batuk kering, malaria dan H1N1 adalah disebabkan interaksi rakyat tempatan dengan pendatang asing. Hal ini akan menyebabkan turunnya taraf kesihatan rakyat Malaysia. Tambahan lagi, Banyak pendatang asing juga disahkan sebagai pembawa kuman HIV dan hepatitis. Kesannya, hubungan mereka secara seksual dengan pelacur tempatan atau jika mereka berkahwin dengan rakyat tempatan akan mempercepat lagi  jangkitan AIDS di negara kita. Oleh itu, jelaslah di sini bahawa tidak dapat dinafikan bahawa kebanjiran pendatang asing di negara kita turut menyumbang kepada penyebaran penyakit-penyakit berjangkit di negara kita.

            Intihanya, apa yang ingin saya simpulkan di sini ialah kebanjiran pendatang asing di sesebuah negara telah banyak memberi implikasi dan kesan negative kepada negara tersebut.Oleh itu semua pihak haruslah ikhlas dalam berganding bahu umpama ke bukit sama didaki dan ke lurah sama dituruni dalam usaha untuk menanggani masalah kebanjiran pendatang asing di negara kita. Kerajaan hendaklah berusaha untuk menghadkan kemasukan pekerja dari luar dan perlu mengutamakan pekerja tempatan.. Isu pekerja asing ini memerlukan satu kaedah yang lebih telus dan sistematik. Penerimaan pekerja asing hendaklah dilakukan dalam sektor-sektor ekonomi yang tidak lagi diminati oleh pekerja tempatan dan satu had masa perlu  dikenakan kepada setiap pekerja asing untuk bekerja di negara ini. Kerajaan juga perlu menyediakan satu badan khas yang mengawasi setiap perkembangan pekerja asing ini seperti membuat laporan akan keperluan mereka setiap 3 bulan sekali. Negara kita memang memerlukan pekerja asing tetapi rakyat tempatan harus diutamakan terlebih dahulu. . Sudah tiba masanya untuk Malaysia  mengalihkan tumpuan pelaburannya kepada teknologi yang lebih tinggi dan berkaitan industri berintensifkan modal supaya pergantungan kepada pekerja asing dapat dikurangkan.


(1163 PATAH KATA)

SEHEBAT Di Thailand #1

Pada 6-9 Januari 2016 yang lalu, Sekolah Menengah Sains Batu Pahat, Johor (SEHEBAT)  telah mengadakan program pengantarabangsaan ke Thailand dengan Hatyai Wittyakarn Science Integrated School. Sekolah tersebut merupakan sekolah berpendidikan agama dan sains di Thailand. Pelbagai aktiviti perkongsian budaya telah kami lakukan di sekolah tersebut. 

 -Guru Pengiring, Cg. Zainuddin Dirin( NILAM) menerima hadiah kenang-kenangan daripada  Hatyai Wittyakarn Science Integrated School.  






-Sesi penggambaran di hadapan 'sekolah pondok' .












SAMBIL MENYELAM MINUM AIR!! 

*Jom jejalan keliling Thai







SEKIAN ALBUM THAI KAMI~~^^

Tuesday, March 15, 2016

Kebaikan Solat

Solat itu ringan bagi orang yang ambil berat dan solat itu berat bagi mereka yang ambil ringan. 5 perkara perlu tahu mengenai solat :

Solat Subuh     :Wajah yang cantik
Solat Zuhur     :Duit yang banyak
Solat Asar       :Kesihatan yang baik
Solat Maghrib  :Anak-anak yang cerdik dan berjaya
Solat Isyak      :Tidur yang nyenyak tanpa gangguan


In Syaa Allah

Kebaikan 10 Surah Al-Quran

10 surah daripada Al-Quran dapat mencegah daripada 10 perkara:
1.   Surah Al-Fatihah           -Mencegah kemarahan Allah.
2.   Surah Yaasin                -Mencegah kehausan di hari kiamat.
3.   Surah Ad-Dukhan          -Mencegah kesusahan di hari kiamat.
4.   Surah Al-Waqiah           -Mencegah kefakiran.
5.   Surah Al-Mulk                -Mencegah seksa kubur.
6.   Surah Al-Kautsar           -Mencegah permusuhan.
7.   Surah Al-Kafirun            -Mencegah kekufuran ketika dicabut roh.
8.   Surah Al-Ikhlas              -Mencegah kemunafikan.
9.   Surah Al-Falak               -Mencegah daripada iri hati.
10. Surah An-Nas                -Mencegah was-was