Sejak
sepuluh tahun belakangan ini, kita dapat melihat kebanjiran pendatang asing
bukan sahaja di negara kita, Malaysia namun di negara-negara dunia seperti
China dan Singapura. Hal ini disebabkan oleh dasar keterbukaan kebanyakan
negara dalam mengambil pekerja asing. Secara kasarnya, kedatangan mereka banyak
memberi sumbangan dan kebaikan kepada sesebuah negara. Sebagai contoh di negara
kita sendiri, ekonomi Malaysia kebelakangan ini berkembang dengan pesat dan
projek pembangunan raksasa berjalan dengan lancer dengan bantuan buruh-buruh
asing. Mereka bekerja dalam pelbagai sektor seperti perindustrian, pertanian
dan juga pembinaan. Kebanyakan pendatang asing datang dari Indonesia, Myanmar,
Filipina, Bangladesh, Nepal dan terdapat juga sebahagiannya yang datang dari
negara Afrika. Mereka telah menjadi
sebahagian daripada institusi sosial di negara kita. . Walaupun begitu,
kemasukan mereka ke negara kita telah mncetuskan pelbagai polemik dan masalah
dalam kalangan rakyat di negara ini. Pelbagai kesan negatif telah dirasakan
oleh sebahagian besar penduduk dewasa ini. Oleh itu, implikasi kebanjiran
pendatang asing di sesebuah negara akan menjadi fokus perbincangan yang ingin
saya ketengahkan pada hari ini.
Daripada
sudut ekonomi, kebanjiran pendatang asing ini telah menyebabkan berlakunya
masalah pengangguran dalam kalangan rakyat tempatan yang rata-ratanya terdiri
daripada belia-belia negara yang baru sahaja menamatkan pekerjaan mereka. Hal
ini demikian kerana sikap kebanyakan majikan di negara kita yang lebih
mengutamakan pekerja asing daripada pekerja tempatan dek kerana pekerja asing
sanggup bekerja walaupun diberikan gaji yang lebih rendah daripada pekerja
tempatan. Muncul tanggapan masyarakat yang mengatakan bahawa rakyat tempatan
terlalu memilih kerja dan mengidamkan gaji tang tinggi. Sebenarnya, bukanlah
menjadi kesalahan pekerja tempatan yang terlalu memilih pekerjaan atau
menginginkan upah yang tinggi, tetapi keadaan kos sara hidup yang kian
meningkat di negara kita memaksa mereka untuk berbuat sedemikian. Mereka juga
memasang impian untuk hidup senang dan menikmati kemajuan yang tersedia di
negara ini. Namun yang menjadi masalah ialah sikap kebanyakan majikan di negara
kita yang lebih mengutamakan keuntungan individu berbanding tanggungjawab
social terhadap masyarakat tempatan. Hal ini demikian kerana mereka sanggup
menggaji pekerja asing dan meanaktirikan pekerja tempatan. . Sikap majikan
seperti ini adalah seperti "anak diriba diletakkan, kera di hutan
disusukan" sehingga menyebabkan akhirnya majoriti pekerja dalam sesuatu
sektor di negara kita telah dikuasai oleh pekerja asing terutamanya sektor
pembinaan. Oleh itu, jelaslah di sini bahawa kebanjiran pendatang asing menjadi
punca masalah pengangguran di negara kita.
Selain
itu, daripada pandangan sosial pula, pertambahan kadar jenayah di negara kita
juga disebabkan oleh kebanjiran pendatang asing di negara kita. Walaupun
maklumat ini sukar untuk dipastikan kebenarannya dek kerana jenayah juga
dilakukan oleh rakyat negara kita tetapi keadaan pekerja asing yang tidak
mempunyai apa-apa ketika sampai di negara kita memungkinkan mereka terjebak
dalam kegiatan jenayah memang tidak boleh diragukan. Sudah menjadi lumrah manusia
bahawa pasti ada segelintir ahli masyarakat yang bertindak di luar batas
perundangan termasuklah dalam kalangan pekerja asing ini kerana setiap manusia
mempunyai masalah peribadi tersendiri. Ramai dari kalangan pendatang asing ini
yang terlibat dengan kegiatan ragut, pecah rumah, samun terutamanya di
kawasan-kawasan yang berhampiran dengan rumah kongsi. Sebagai bukti, pada tahun
2007 sahaja, sebanyak 2019 kes jenayah
telah dilaporkan yang melibatkan
pendatang asing. Tambahan lagi, kehadiran mereka ke negara ini secara tidak
langsung telah membawa masuk budaya mereka yang sebahagiannya bertentangan
dengan norma hidup masyarakat tempatan. Sebagai contoh, mereka mengamalkan
pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan malah ada yang tinggal serumah
tanpa ikatan perkahwinan yang sah yang secara implisitnya menimbulkan syak
wasangka dalam kalangan rakyat tempatan. Ada pula yang tanpa segan silu meneguk
arak di kawasan perumahan yang sebahagian besar penduduknya merupakan penduduk
tempatan yang beragama Islam. Di bandar-bandar besar pula kebanjiran pendatang
asing ini juga telah menimbulkan masalah rumah setinggan yang disebabkan oleh kos sewa rumah yang tinggi
sekaligus menyebabkan mereka menceroboh tanah-tanah kerajaan dan mendirikan
rumah setinggan. Tegasnya, kebanjiran pendatang asing menimbulkan pelbagai
masalah social di negara kita.
Seterusnya,
salah satu impak negatif utama yang disebabkan oleh kebanjiran pendatang asing
di sesebuah negara ialah berlaku pengaliran keluar wang keluar dari negara
kita. Hal ini demikian kerana setiap bulan, pekerja asing di negara kita akan
menghantar sehingga jutaan ringgit kepada keluarga mereka di negara asal
mereka. Mereka sanggup ikat perut menahan lapar untuk membantu keluarga mereka
yang susah di negara asal mereka.Hal ini sungguh merugikan negara kita kerana
gaji mereka itu sepatutnya digunakan untuk memajukan ekonomi negara kita dan
bukannya dihantar ke negara asal mereka untuk membantu pertumbuhan ekonomi di
situ pula. Pada masa kini, kesan daripada pengaliran wang keluar dari negara
ini belum dirasakan lagi tetapi lama-kelamaan, negara akan menghadapi masalah
yang serius kerana wang yang dihasilkan di negara ini telah digunakan untuk
menyokong aktiviti kemasyarakatan di negara lain pula. Keadaan ini jika
dibiarkan berterusan akan merugikan negara. Hal ini demikian kerana jika nilai
pendapatan faktor ke luar negara adalah lebih besar daripada nilai pendapatan
faktor dari luar negara akan menyebabkan pendapatan faktor bersih luar
negara(PFBLN) bernilai negatif. PFBLN yang bernilai negatif seterusnya akan
membawa kepada berlakunya kekurangan dalam imbangan pembayaran. Kekurangan yang
berlaku dalam imbangan pembayaran akan menyebabkan berlakunya kemerosotan dalam
tingkat pendapatan negara secara keseluruhannya. Sememangnya, sudah jelas
terang lagi bersuluh menunjukkan bahawa kebanjiran pendatang asing mendatangkan
impak negative kepada negara.
Di
samping itu, kehadiran pendatang asing ini turut dipercayai menjadi punca
kepada pelbagai masalah penyakit berjangkit. Hal ini demikian kerana ramai
diantara mereka berasal dari kawasan mundur di negara asal mereka. Oleh itu,
kesihatan mereka kurang terjamin. Ada diantara mereka menghidap penyakit AIDS,
tibi, penyakit kelamin, dan sebagainya. Mereka membawa sekali penyakit dari negara
asal mereka dan menyebarkannya di sini. Akibatnya, rakyat di negara kita yang
menjadi mangsa. Menurut rekod Persatuan Perubatan Malaysia (MMU), penyakit
berjangkit seperti batuk kering, malaria dan H1N1 adalah disebabkan interaksi
rakyat tempatan dengan pendatang asing. Hal ini akan menyebabkan turunnya taraf
kesihatan rakyat Malaysia. Tambahan lagi, Banyak pendatang asing juga disahkan
sebagai pembawa kuman HIV dan hepatitis. Kesannya, hubungan mereka secara
seksual dengan pelacur tempatan atau jika mereka berkahwin dengan rakyat
tempatan akan mempercepat lagi jangkitan
AIDS di negara kita. Oleh itu, jelaslah di sini bahawa tidak dapat dinafikan
bahawa kebanjiran pendatang asing di negara kita turut menyumbang kepada
penyebaran penyakit-penyakit berjangkit di negara kita.
Intihanya,
apa yang ingin saya simpulkan di sini ialah kebanjiran pendatang asing di
sesebuah negara telah banyak memberi implikasi dan kesan negative kepada negara
tersebut.Oleh itu semua pihak haruslah ikhlas dalam berganding bahu umpama ke
bukit sama didaki dan ke lurah sama dituruni dalam usaha untuk menanggani
masalah kebanjiran pendatang asing di negara kita. Kerajaan hendaklah berusaha
untuk menghadkan kemasukan pekerja dari luar dan perlu mengutamakan pekerja
tempatan.. Isu pekerja asing ini memerlukan satu kaedah yang lebih telus dan
sistematik. Penerimaan pekerja asing hendaklah dilakukan dalam sektor-sektor
ekonomi yang tidak lagi diminati oleh pekerja tempatan dan satu had masa
perlu dikenakan kepada setiap pekerja asing
untuk bekerja di negara ini. Kerajaan juga perlu menyediakan satu badan khas
yang mengawasi setiap perkembangan pekerja asing ini seperti membuat laporan
akan keperluan mereka setiap 3 bulan sekali. Negara kita memang memerlukan
pekerja asing tetapi rakyat tempatan harus diutamakan terlebih dahulu. . Sudah
tiba masanya untuk Malaysia mengalihkan
tumpuan pelaburannya kepada teknologi yang lebih tinggi dan berkaitan industri
berintensifkan modal supaya pergantungan kepada pekerja asing dapat
dikurangkan.
(1163 PATAH KATA)
No comments:
Post a Comment