Kejayaan
merupakan satu pencapaian yang jujur didalam apa jua yang kita kehendaki
didalam hidup ini. Kejayaan juga bermaksud kemajuan yang dicapai dan memuaskan
kehendak seseorang itu. Kejayaan selalu
disertai dengan kebahagiaan dan ketenteraman fikiran. Kejayaan akan dapat
dicapai apabila terdapat faktor-faktor yang menyokong ketenteraman fikiran
seseorang pelajar dalam menuntut ilmu dan menjadi pelajar cemerlang. Antara
faktor yang menjadikan pelajar itu seorang yang cemerlang ialah:
KELUARGA
Galakan serta
dorongan keluarga juga merupakan faktor yang penting dalam melahirkan pelajar
yang cemerlang. Ibu bapa serta ahli keluarga ialah orang yang paling rapat
dengan pelajar. Jika seseorang pelajar mendapat kasih sayang dan perhatian yang
secukupnya daripada ibu bapa, dia akan berasa selesa di rumah dan dapat
menumpukan perhatiannya kepada pelajaran. Ibu bapa yang prihatin akan kebajikan
serta pelajaran anak-anak mereka juga akan memberikan perhatian serius kepada
emosi, minda serta pemakanan anak-anak mereka.
PENGURUSAN MASA YANG BETUL
Penggunaan masa
yang efektif adalah satu perkara yang selalu dibincangkan. Ramai orang
menyatakan bahawa masa yang dipunyai mereka tidak mencukupi. Pengurusan masa
yang tidak efektif akan menganggu kehidupan seharian. Sebenarnya manusia
diperuntukkan masa sebanyak 24 jam sehari semalam, samada manusia itu berjaya
atau tidak berjaya.Pelajar selalu mengeluh akibat masa yang tidak mencukupi
untuk menyiapkan tugasan,tetapi sebaliknya pengurusan masa mereka yang tidak
betul. Oleh sebab itu alasan inilah yang menyebabkan kita berada dikepompong
tersebut dan sukar bagi kita meloloskan diri dari belenggunya. Pengurusan masa yang baik ialah apabila kita
dapat mendisiplinkan diri dalam melaksanakan aktiviti pembelajaran.Contohnya
ialah masa untuk mengulang kaji,beriadah,masa untuk menonton ,dan masa untuk
menyelesaikan tugasan. Perbezaan antara individu yang cemerlang dapat dilihat
dari hasil kualiti masa yang digunakan. Oleh sebab itu seharusnya kita memberi
perhatian kepada kedua-dua perkara ini iaitu kuantiti masa dan kualiti masa
yang kita gunakan.
SARANAN DIRI YANG POSITIF
Seorang pelajar
cemerlang mestilah mempunyai saranan diri positif.Saranan diri yang positif
perlu untuk merangsang jiwa dan fikiran. Anda juga boleh gunakan petikan
mutiara kata daripada ahli ilmu, petikan al-quran serta hadith. Dengan
melazimkan hidup anda berpandukan katajaya dan petikan-petikan ini maka ia
memberi anda kekuatan untuk menyahut cabaran dan mengatasi segala masalah. Anda
boleh mencipta kata-kata anda yang sendiri. Contohnya “kalau orang lain boleh
aku juga boleh” atau” setiap kata-kataku pasti akan ku kotakan”. Jadikanlah
kata-kata sebagai saranan dan pembangkit semangat dalam kehidupan
BERKAWAN DENGAN ORANG YANG BERJAYA
Bergaul dengan
mereka yang berjaya akan sedikit sebanyak mempengaruhi sifat dan perwatakan
individu.Memilih kawan yang positif, banyak berbincang tentang apa yang mahu
dicapai dimasa hadapan, pastinya ia akan mempengaruhi pemikiran dan tindakan
harian anda. Pastinya anda turut terdorong untuk mencapai kejayaan dalam hidup
anda pula. Mereka yang gagal hanya akan mampu menceritakan kisah-kisah
kegagalan mereka sedang mereka yang berjaya pula akan menceritakan kisah-kisah
kejayaan mereka. Untuk berjaya anda perlu berkawan dengan mereka yang telah
berjaya. Belajar dari pengalaman dan pengetahuan mereka. Belajar tentang cara
mereka membentuk personaliti dikalangan masyarakat. Orang yang berjaya
selalunya mempunyai personaliti dan karisma yang mengkagumkan. Personaliti dan
karisma ini bukannya semula jadi sebaliknya mereka berusaha membinanya. Kalau
mereka boleh, anda juga boleh melakukannya
FOKUS
Fokus amat
penting dalam diri seorang pelajar. Fokus memberikan tumpuan kepada subjek yang
dipelajari. Menanamkan fokus yang positif, contohnya “ aku akan siapkan tugasan
ini dalam minggu ini juga!!” fokus untuk menyiapkan tugasan akan membawa kita
berusaha untuk menyiapkan tugasan dalam waktu yang ditetapkan. Fokus juga
mestilah dijadikan amalan harian.
MEMPUNYAI MODEL IKUTAN
Setiap pelajar
cemerlang mempunyai model yang menjadi sebagai ikutan atau panduan semasa dalam
proses mencapai kecemerlangan. Model ikutan adalah seseorang yang anda kagum
dengan pencapaiannya dan mahu mengikuti jejak langkahnya. Dapatkan beberapa
model ikutan terutamanya mereka yang telah berjaya dalam bidang yang anda mahu
ceburi. Namun begitu sebagai orang Islam, model ikutan kita yang pertama
pastilah Nabi Muhammad S.A.W. Selain daripada Nabi s.a.w yang lain semuanya ada
kelemahan.
PENGHARAPAN DAN CITA
Selagi ada
harapan,peluang untuk menikmati kejayaan itu masih terbuka luas. sebagai
seorang pelajar harapan adalah sangat penting,tetapi tidak cukup dengan
berharap sahaja. harapan tanpa usaha adalah sia-sia. harapan aka membuahkan cita-cita,melalui
cita-cita akan menghasilkan tindakan yang berterusan. sebagai contoh,jika kita
melaksanakan tugasan,kita mestilah menjalankan tugasan dengan mementingkan
kualiti tugasan itu. Ini menunjukan berusaha tanpa perancangan juga tidak
memadai. Usaha yang berterusan mampu menjadikan seseorang itu berjaya.