Saturday, March 22, 2014

Misteri MH370


 




"MH370"

Rasa-rasanya,semua orang tahu mengenai satu insiden yang sedang memanasi negara kita ini.Isu kehilangan kapal terbang Malaysia MH370 yang kian hangat di mata dunia. Pelbagai spekulasi dikaitkan dengan insiden ini,antaranya ada yang mengatakan:
-ada kene mengene dengan UFO
-sudah dijumpai oleh negara asing,tetapi dirahsiakan
-di hi-jet oleh negara asing
-rancangan Amerika untuk menyerang China
-terhempas di laut lepas 
-sudah dirancang rapi 

Walaubagaimanapun,pelbagai usaha telah dijalankan oleh kerajaan Malaysia dengan bantuan negara-negara luar seperti Amerika Syarikat,Australia,China,Indonesia,Thailand,Brunei,New Zealand,Laos,Vietnam dan banyak lagi.Diikuti pula dengan pelbagai teknologi tercanggih zaman ini(yang diketahui sahaja),namun usaha ini masih lagi belom membuahkan hasil.Pentagon juga telah mengumumkan akan "membantu" Malaysia dalam usaha untuk mencari MH370.


Walau apapun disebalik semua ini,samaada baik ataupun buruk sama-samalah kita mendoakan 
keselamatan penumpang MH370 agar selamat.Sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui seperti yang direkodkan dalam Surah Yasin Ayat ke-41.



PRAY FOR MH370's PASSENGERS

No comments:

Post a Comment