Bakti Arjuna Fitri..merupakan anak 'angkat' kepada Fynn Jamal dan Tri.Walaupun Arjuna hanya anak angkat,tetapi kasih sayang Fynn dan Tri terhadap Arjuna melebihi kasih sayang seorang ibubapa kandung.
Bermulalah kisah,pabila Arjuna muncul dalam hidup Fynn Jamal.Dia hanya seorang bayi yang kelihatan biasa pada luarannya,tapi....bibirnya mulai berubah warna menyebabkan Fynn dan Tri bawa Arjuna ke hospital dan Arjuna disahkan sakit.
Jantung Arjuna belum mula membengkak tapi memerlukan pembedahan segera.Tak sangka Doktor Lim sudi membantu,tapi perlukan kos sebanyak RM35000.Walaupon camgitu,Fynn dan Tri tak teragak-agak untuk setuju kerana mereka terlalu sayangpada Arjuna...walaupon Arjuna anak angkat.
Bermula daripada situ,Fynn mula giat meminta bantuan daripada seluruh rakyat Malaysia agar menderma untuk membiayai kos rawatan Arjuna.Masa tu,kat laman-laman sosial penuh dengan hebahan untuk membantu Fynn.Noh Hujan turut membantu dengan menggunakan akaun bank Noh sendiri sebab akaun bank Fynn selalu dipantau.
lebey kurang 24 jam sahaja,Fynn berjaya mengutip derma sebanyak RM35000 untuk meneruskan pembedahan Arjuna itu.Berkat bantuan seluruh rakyat Malaysia,Alhamdulillah, Arjuna sekarang ni sihat jerk, boleh gelak-gelak,boleh tawa-tawa....Trimas pada Malaysians~
Alhamdulillah~
No comments:
Post a Comment